Bahagian A

Maklumat pemohon

Sekolah SK KOMPLEKS TEMBESU Ditetapkan oleh sistem
Kategori pemohon *
Bahagian C

Aku Janji

Saya mengaku janji bahawa saya akan:

  1. melindungi semua murid dan memastikan murid selamat daripada sebarang penderaan, pengabaian, eksploitasi dan salah laku;
  2. memastikan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh membahayakan murid sama ada melalui perbuatan fizikal, emosi, lisan, seksual atau dalam talian;
  3. bertindak segera jika saya melihat bahaya, menerima maklumat atau mendengar aduan tentang keselamatan murid dan tidak mendiamkan diri;
  4. menggunakan saluran pelaporan rasmi untuk membuat laporan dan akan merahsiakan maklumat kes tersebut;
  5. berinteraksi dengan murid dan warga sekolah secara baik, tanpa kekerasan, ugutan atau bahasa yang merendahkan orang lain;
  6. menghormati batas profesional dengan tidak melakukan sebarang sentuhan yang tidak perlu, tidak menjalin hubungan peribadi yang istimewa, tidak memberikan hadiah yang mencurigakan dan tidak berkomunikasi secara rahsia dengan murid;
  7. menjaga kerahsiaan dan melindungi data peribadi murid dengan tidak menyebarkan gambar, video, suara atau maklumat peribadi murid kepada orang lain tanpa kebenaran rasmi;
  8. tidak akan menyalahgunakan kuasa atau kedudukan saya untuk mengambil kesempatan ke atas murid demi kepentingan diri sendiri;
  9. berlaku jujur dan bertanggungjawab, bekerja dengan ikhlas dan sentiasa mengutamakan kebajikan murid dalam setiap tindakan saya;
  10. mematuhi semua peraturan dan undang-undang berkaitan perlindungan murid yang berkuat kuasa; dan
  11. bersedia mengikuti latihan atau kursus untuk menambah ilmu tentang cara melindungi murid dengan lebih baik.
Bahagian D

Pengesahan dan tandatangan

Tandatangan di dalam ruang menggunakan jari, stylus atau tetikus.